Thursday, November 27, 2008

SONGSANG ATAU KRITIS?

Sekarang ini orang sibuk memperkatakan tentang perjuangan. Sebut saja; politik, agama, hak asasi, dan berbagai lagi, pasti sangat sinonim dengan ayat2 perjuangan...

Aku menulis ini ketika hati tertanya-tanya, adakah aku memperjuangkan apa-apa?siapa-siapa?apakah yang dikatakan perjuangan itu?bagaimana cara perjuangan aku?

Aku baru saja membaca kisah perjalanan hidup seorang pejuang iaitu Almarhumah Shamsiah Fakeh. Aku fikir semua orang kenal siapa beliau. Hidupnya bersama suami dan anak-anak seperti di dalam majalah Al-Islam bulan November 2008 yang diceritakan sendiri oleh anak bongsunya Jamaluddin, membuatkan aku tertanya, adakah perjuangan beliau itu sangat jijik seperti yang kita tau dari khabar arus perdana? Atau sebenarnya perjuangan beliau adalah untuk membawa satu paradigma baru untuk bangsa dan negaranya?

Jika kita lihat dari sudut beliau, perjuangan beliau sangat memerlukan pengorbanan. Dan beliau telah mengorbankan segala apa yang ada di dunia ini untuk perjuangan itu. Tapi adakah ia berbaloi? Adakah ia dikira sebagai pahala?

Sama juga kita lihat perjuangan hang Jebat yang mempertahankan Tuah daripada sultan yang zalim. Adakah jebat dilihat sebagai pengkhianat dek kerana menegakkan yang benar?

Peristiwa memali juga mempunyai ciri yang serupa. Adakah itu semua perjuangan yang songsang? Atau perjuangan jihad yang mulia?

Bagaimana ini semua memungkinkan penyatuan? sedangkan disebabkan cara pemikiran dalam konteks perjuangan juga sudah tidak sama...mana mungkin penyatuan dari segi mekanismanya akan berlaku...

Sedikit kesedaran di atas apa yang aku nukilkan, perjuangan itu perlulah berlandaskan agama. Bagaimana yang Islam kehendaki? Tentunya seperti yang ada dalam ALQURAN dan SUNNAH. terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang orang anggap songsang tetapi sebenarnya kritis dan mulia atau mungkin juga pilihlah perjuangan yang orang anggap kritis dan mulia juga tidak songsang...waALLAHua'lam..

Wednesday, November 12, 2008

BERITA KEMATIAN...

Sedih, sayu, pilu. Hanya itu yang mampu terdetik dalam hati tatkala mendengar berita tentang kematian tiga pejuang JI yang dihukum tembak sampai mati oleh mahkamah Indonesia.

Di kampung halaman mereka pula berkumpul seluruh penduduk dengan sekian banyaknya menunggu sekujur jasad pejuang yang bukan saja berani menanggung tanggungjawab sebagai pejuang Islam tetapi juga sebagai pembakar semangat pemangkin moral untuk seluruh umat Islam di nusantara.

Kita yang melihat peristiwa itu langsung saja insaf akan kematian yang disebabkan hukuman dunia ini.Tidak dapat di pastikan sama ada perasaan insaf itu datang kerana ketakutan terhadap kematian itu, atau terhadap pemerintah yang punya kuasa menjatuhkan hukuman, atau mungkin saja kerana sudah lumrah sifat naluri manusia yang segera lemah bila mendengar tentang kematian walaupun dia tahu kematian itu pasti akan muncul.

Apakah impak kematian saudara kita itu akan terus menebal keinsafannya atau hanya seminit dua dan selepas itu segera kembali melakukan kejahatan.Di mana iman kita tentang hari kenbangkitan?Tiga saudara kita yang telah mendahului kita itu sangat yakin bahawa dunia ini bukan apa-apa.Sehingga mereka tidak gentar waupu sekelumit pun terhadap hukuman tang mereka terima atas kerja-kerja yang mulia di sisi ALLAH...

Bagaimana dengan kita?
Masih menimbun harta dunia?
Masih memburu pangkat dan kuasa?
Masih betah melihat kekejaman Kafir laknatullah?

DENGAN RASA SAYU HATI AKU KIRIMKAN TAHLIL DAN DOA BUAT SAUDARA-SAUDARAKU ITU MOGA ALLAH MEMBALAS YANG SELAYAKNYA AMALAN-AMALAN KALIAN DI DUNIA.DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH TEMPATKAN KALIAN BERSAMA RIBUAN BADADARI YANG SEDIA MENUNGGU KALIAN DI SANA...AL-FATIHAH...

Wednesday, October 22, 2008

KENANGAN DI BUMI KENYALANG

Sempena Hari Peladang peringkat negeri Sarawak, aku dan team MARDI yang lain berpeluang untuk terbang ke bumi kenyalang.Kami mempunyai misi menyampaikan info berkenaan varieti padi di semenanjung dan juga mengadakan sesi uji rasa beras merah sepanjang 29 okt - 3 nov 2008...

pada mulanya aku telah disingkirkan dari senarai berikutan penglibatan aku di sabah dalm tour yang lepas. namun ALLAH itu MAHA ADIL lalu aku diberi peluang sekali lagi untuk join bersama.sememangnya team ini yang terdiri daripada aku sendiri,2 orang makcik yang hampir pencen, seorang RO kontrak dan seorang RO kolobrator sudah tegal bersama semenjak pertama kali kami digabungkan.tambahan pula tugas aku yang menyediakan barang2 teknikal dan logistik membuatkan aku sangat bersungguh...

namun bukan itu saja...sebenarnya lebih daripada itu aku begitu meronta dari dalam untuk bertemu semula dengan keluarga angkat yang pernah mengangkat aku pada tahun 2003 sempena program bakti siswa kolej keenam UPM. ketika itu beberapa sejarah tercipta dalam diari dan takdir kehidupanku..
1) buat pertama kalinya menaiki kapal terbang.rupanya bukan best sangat pun...
2) berjaya menakluk gunung santubong.alah...993m jerr...
3) putus cinta sebab awek yang suka tu minat kat orang lain iaitu kawan baik aku sendiri.aku join program tu pun sebab nak get close dengan dia tapi apakan daya...huhuhu...

beberapa perkara menarik tentang sarawak yang dialami oleh aku sendiri ialah mereka ni jenis yang tak berapa mesra dengan orang luar terutama dari semnanjung.sampai ada yang ajak bergaduh masa lawan bola friendly.aku pun tak tau sebab ape...

aku harap dengan kunjungan kali ini aku akan dapat pengalaman yang berbeza yang menyeronokkan(dulu pun seronok jugak).dan aku berharap dapat singgah ke keluarga angkat aku di santubong nanti...

Friday, October 10, 2008

So, ape lagi....?

Teka-teki selama ini sudah terjawab rabu lepas.pak lah takkan tanding presiden umno dan akan serah jawatan PM kepada najib bulan mac nanti..itu kata oarang yang menuggu jawapan itu...tapi pada aku ia masih lagi berbaki soalan...

-betul ke pak lah ready nak lepas?
-siapa yang buat tekanan?
-apa akan jadi dengan kuncu2 pak lah
-adakah TDM akan puas hati kalau najib naik jadi PM?
-betul ke ini perubahan yang sepatutnya?
-jadi lagi ke anwar nak rampas kuasa bile najib jadi PM?
-yakin ke rakyat dengan peralihan kuasa ini akan dapat memulihkan keadaan?

dan banyak lagi.........

Begitu banyak analisis yang dibuat dan ramalan yang dicongak oleh rakyat mahupun pemimpin dari umno sendiri dan pemimpin pembangkang.tapi semua pakat syok sendiri.semua untuk kepentingan sendiri.PAS juga begitu.PKR lagi la teruk.So ape lagi yang aku perlu analisis?hmm....

Aku rasa baik lagi kiranya aku tunggu dan lihat ape yang akan terjadi lepas ni.sambil2 tu boleh jugak aku memantau blog2 yang ada untuk melihat pendapat dan idea untuk menjadikan politik Malaysia ini semakin hangat....

Thursday, September 25, 2008

KERANA MULUT BADAN BINASA

hari hari yang dilalui sekarang ini bagai tiada beza. bulan Raamadhan yang penuh berkat ini juga penuh dengan noda. apakah kita tidak takut dengan azab ALLAH? mungkin kerana kita tidak melihatnya di dunia ini, kita boleh sewenangnya bercakap dan melakukan apa saja. adakah ini tujuan kita?

kita boleh tulis da luahkan apa saja. namun adakah apa yang kita tulis dan luahkan itu akan menyebabkan kita menuju neraka ALLAH? aku sendiri pun tak tahu. yang tahu siapa yang menulis dan ALLAH saja.

percaturan politik menjadikan kita semakin jauh dengan norma kehambaan kita kepada ALLAH. ditambah pula dengan kafir kafir laknatullah yang sentiasa ingin melihat kita sesama saudara seislam berpecah belah. apatah lagi dengan adanya idealogi politik yang berbeza. inikah yang kita cari? apakah dengan menjatuhkan orang atau menyingkirkannya dapat memuaskan hati kita? tidak sekali kali wahai saudaraku....kita hanya akan elihat kemusnahan umat yang lebih besar lagi...

apapun yang kita lakukan perlulah menuju matlamat yang satu; mardhatillah. cukuplah dengan persengketaan negara jiran kita. moga ALLAH akan melindungi orang orang yang benar...

Tuesday, September 23, 2008

KERAJAAN VS KORPORAT

Sejak seminggu yang lalu, aku dapat dapat offer untuk meniggalkan sektor awam dan bekerja dengan SIME DARBY PLANTATION yang mana semua sedia maklum syarikat ini sangat besar dan merupakan peneraju dalam perladangan kelapa sawit.

aku telah ditawarkan untuk satu jawatan iaitu assistant reserch manager dalam bidang estet sawah padi seperti tugas aku sekarang. Sebenarnya tawaran ini dibuat oleh bos aku yang juga dapat tawaran dari depa.So bos aku ni ajak aku as a team untuk develope satu unit R&D untuk SIME DARBY dalam pembiakbakaan padi.

Aku pun jadi serba salah bile bos aku offer benda ni. Memanglah gaji double dan tak payah tukar bidang tapi al maklum lah kalau kerja dengan sektor korporat ni pressure pun double jugak.Aku cuba bincang dengan bini dan mak mentua tapi depa memang tak mahu aku quit sektor awam atas dasar kerugian dari segi pencen.

Bos aku pun memang terfikir jugak perkara tu tapi dia cakap EPF majikan 16% + 9% gaji kita.gile la...Walaupun aku tak berapa suka dengan dasar seperti PTK dan SKT ni, tapi aku masih perlu untuk mempertimbangkannya kerana jika tengok situasi politik sekarang ni, ada chance pembangkang naik takhta and lepas tu mesti lebih banyak dasar yang entah apa2 diperkenalkan.

Pokoknya tawaran itu hanya membuat aku lemas dan hanyut dengan angan2.....

Thursday, September 11, 2008

SALAH KERAJAAN ATAU ORANG DALAM KERAJAAN YANG SALAH??!

Buat sekian kalinya, aku terfikir isu ini.memandangkan aku sendiri bekerja dengan kerajaan, aku tidak puas hati dengan sistem pelaksaan. Bukan sistem yang salah, tapi orang yang menjalankan sistem tersebut yang salah.itu pandangan aku...

kenapa aku berkata sebegitu?sebab senmua orang tahu, kalau berurusan dengan orang kerajaan mesti orang akan kata servis yang lembab dan acuh tak acuh.yang itu kata orang awam.tapi aku pun kata macam tu juga.sebab bile aku berurusan dengan jabatan or kementrian lain aku tengok depa ni kerja ikut dan je.memang patut la orang awam kata macam tu.

selain faktor usia, faktor mentaliti juga membuat orang kerajaan tak boleh buat kerja secara efisien. macam2 kerenah, macam2 hal.sampai aku sendiri pun naik bengang...

yang bertambah poyo nye, depa2 ni orang kuat pembangkang dan sembang mereka ni seperti kemas buakan main tapi bila dalam hal kerja, hampeh betul.bila kerajaan tak naikkan cola dan elaun perumahan dalam bajet 2009 baru2 ni, semua pakat bising dan melenting.konon2nya tak puas hati.padahal buat kerja tak pernah tunjukkan prestasi...

wahai orang2 yang bekerja dengan kerajaan.....

zaman sekarang ni makin mencabar, aku tak kesah kau orang sokong parti mana pun, tapi bila buat kerja yang telah diamanahkan, jalankan la dengan penuh tanggungjawab.kalau rasa nak bangkang sangat dengan dasar kerajaan, berhenti la kerja sebagai penjawat awam dan kerja dengan sektor swasta.virus2 seperti kamu orang ni akan membuat persepsi rakyat terhadap kerajaan (bukan BN) bertambah rumit...

Tuesday, September 9, 2008

celaru politik yang melampau

aku rasa hangat sekali dengan politik tanah air.bukan kerana para pemimpin nya yang bergeseran, tapi kerana penglibatan orang muda tak kira la dari parti mana amat berkurangan.muda pada maksud aku ialah golongan bawah 30 tahun.tak ramai yang berani memberi pandangan radikal dan tegas. Mungkin mereka ini sangat sibuk dan leka berhibur teruutama yang tinggal di bandar.

apa sudah jadi dengan kita sekarang?masing2 ingin menegakkan ego yang tak pernah puas. baik kerajaan atau pun pembangkang. itu tak masuk lagi isu keretakan dalaman.mengapa ini terjadi?tak bolehkah kita hidup tanpa politik yang sebegini? atau kita sendir yang memilihnya?Lu pikir la sendiri...