Wednesday, October 22, 2008

KENANGAN DI BUMI KENYALANG

Sempena Hari Peladang peringkat negeri Sarawak, aku dan team MARDI yang lain berpeluang untuk terbang ke bumi kenyalang.Kami mempunyai misi menyampaikan info berkenaan varieti padi di semenanjung dan juga mengadakan sesi uji rasa beras merah sepanjang 29 okt - 3 nov 2008...

pada mulanya aku telah disingkirkan dari senarai berikutan penglibatan aku di sabah dalm tour yang lepas. namun ALLAH itu MAHA ADIL lalu aku diberi peluang sekali lagi untuk join bersama.sememangnya team ini yang terdiri daripada aku sendiri,2 orang makcik yang hampir pencen, seorang RO kontrak dan seorang RO kolobrator sudah tegal bersama semenjak pertama kali kami digabungkan.tambahan pula tugas aku yang menyediakan barang2 teknikal dan logistik membuatkan aku sangat bersungguh...

namun bukan itu saja...sebenarnya lebih daripada itu aku begitu meronta dari dalam untuk bertemu semula dengan keluarga angkat yang pernah mengangkat aku pada tahun 2003 sempena program bakti siswa kolej keenam UPM. ketika itu beberapa sejarah tercipta dalam diari dan takdir kehidupanku..
1) buat pertama kalinya menaiki kapal terbang.rupanya bukan best sangat pun...
2) berjaya menakluk gunung santubong.alah...993m jerr...
3) putus cinta sebab awek yang suka tu minat kat orang lain iaitu kawan baik aku sendiri.aku join program tu pun sebab nak get close dengan dia tapi apakan daya...huhuhu...

beberapa perkara menarik tentang sarawak yang dialami oleh aku sendiri ialah mereka ni jenis yang tak berapa mesra dengan orang luar terutama dari semnanjung.sampai ada yang ajak bergaduh masa lawan bola friendly.aku pun tak tau sebab ape...

aku harap dengan kunjungan kali ini aku akan dapat pengalaman yang berbeza yang menyeronokkan(dulu pun seronok jugak).dan aku berharap dapat singgah ke keluarga angkat aku di santubong nanti...

Friday, October 10, 2008

So, ape lagi....?

Teka-teki selama ini sudah terjawab rabu lepas.pak lah takkan tanding presiden umno dan akan serah jawatan PM kepada najib bulan mac nanti..itu kata oarang yang menuggu jawapan itu...tapi pada aku ia masih lagi berbaki soalan...

-betul ke pak lah ready nak lepas?
-siapa yang buat tekanan?
-apa akan jadi dengan kuncu2 pak lah
-adakah TDM akan puas hati kalau najib naik jadi PM?
-betul ke ini perubahan yang sepatutnya?
-jadi lagi ke anwar nak rampas kuasa bile najib jadi PM?
-yakin ke rakyat dengan peralihan kuasa ini akan dapat memulihkan keadaan?

dan banyak lagi.........

Begitu banyak analisis yang dibuat dan ramalan yang dicongak oleh rakyat mahupun pemimpin dari umno sendiri dan pemimpin pembangkang.tapi semua pakat syok sendiri.semua untuk kepentingan sendiri.PAS juga begitu.PKR lagi la teruk.So ape lagi yang aku perlu analisis?hmm....

Aku rasa baik lagi kiranya aku tunggu dan lihat ape yang akan terjadi lepas ni.sambil2 tu boleh jugak aku memantau blog2 yang ada untuk melihat pendapat dan idea untuk menjadikan politik Malaysia ini semakin hangat....