Monday, February 23, 2009

ANTARA TANAH DAN RUMAH

dalam kemelesetan ekonomi yang semakin dirasai oleh sekalian umat manusia, aku pula sibuk untuk mencari rumah atau tanah untuk dibeli...bukan ada duit cash pun tapi keadaaan seperti mendesak untuk mendapatkan rumah idaman...dalam jangka hayat umur yang masih mentah ni, aku rasakan perlunya aku mencari secepat mungkin aset atau harta di kala waktu begini...

namun tidak seperti yang aku jangka, harga pasaran rumah sekarang ini terutama di kawasan seberang perai (ini belum harga di pulau) bagaikan tak terjangkau olehku yang mempunyai gaji yang tidak seberapa ini...dengan harga rumah teres yang kebanyakannya mencecah rm1xx,xxx aku tidak nampak kemampuanku untuk memiliki rumah sendiri dalam masa terdekat. itu belum masuk dengan interest pinjaman perumahan yang akan mencecah DUA KALI GANDA harga asal rumah...mana la nak korek duit untuk membiayai semua itu...?

aku beralih tumpuan pencarian kepada tanah lot. dengan harapan time ekonomi meleset ni ada orang nak jual tanah murah-murah...tapi hampa(sebab aku rasa mahal)...Rata-rata harga tanah untuk keluasan 20' x 70' mencecah rm30,000...namun harga tersebut dianggap standard bagi orang kampung yang mahu menjual tanah mereka. bagi aku orang yang berdagang ini, harga itu "boleh tahan mahal".Al-maklumlah aku memang tidak pernah berurusan dengan tanah memandangkan ibu bap aku pun tidak mempunyai tanah sendiri di KL...namun apa yang membuat aku kaget ialah harga untuk membuat sebuah rumah adalah dianggarkan rm50,000..!!itu pun hanya rumah "kotak"...mak datok...aku mengeluh panjang.....

mahu membuat personl loan, tanah + rumah dalam cecah rm80,000...rasanya takde bank yang mahu bagi aku loan sebanyak tu...nak minta SPNB buatkan rumah and bayar secara ansuran, tak layak pula sebab pendapatan isi rumah melebihi rm1500...

dan aku tak tau nak tuding jari kat sape...
dan baru aku tau rupanya susah betul nak ada rumah sendiri....
dan aku "pause"kan sekejap keinginan aku untuk semua itu...