Wednesday, October 22, 2008

KENANGAN DI BUMI KENYALANG

Sempena Hari Peladang peringkat negeri Sarawak, aku dan team MARDI yang lain berpeluang untuk terbang ke bumi kenyalang.Kami mempunyai misi menyampaikan info berkenaan varieti padi di semenanjung dan juga mengadakan sesi uji rasa beras merah sepanjang 29 okt - 3 nov 2008...

pada mulanya aku telah disingkirkan dari senarai berikutan penglibatan aku di sabah dalm tour yang lepas. namun ALLAH itu MAHA ADIL lalu aku diberi peluang sekali lagi untuk join bersama.sememangnya team ini yang terdiri daripada aku sendiri,2 orang makcik yang hampir pencen, seorang RO kontrak dan seorang RO kolobrator sudah tegal bersama semenjak pertama kali kami digabungkan.tambahan pula tugas aku yang menyediakan barang2 teknikal dan logistik membuatkan aku sangat bersungguh...

namun bukan itu saja...sebenarnya lebih daripada itu aku begitu meronta dari dalam untuk bertemu semula dengan keluarga angkat yang pernah mengangkat aku pada tahun 2003 sempena program bakti siswa kolej keenam UPM. ketika itu beberapa sejarah tercipta dalam diari dan takdir kehidupanku..
1) buat pertama kalinya menaiki kapal terbang.rupanya bukan best sangat pun...
2) berjaya menakluk gunung santubong.alah...993m jerr...
3) putus cinta sebab awek yang suka tu minat kat orang lain iaitu kawan baik aku sendiri.aku join program tu pun sebab nak get close dengan dia tapi apakan daya...huhuhu...

beberapa perkara menarik tentang sarawak yang dialami oleh aku sendiri ialah mereka ni jenis yang tak berapa mesra dengan orang luar terutama dari semnanjung.sampai ada yang ajak bergaduh masa lawan bola friendly.aku pun tak tau sebab ape...

aku harap dengan kunjungan kali ini aku akan dapat pengalaman yang berbeza yang menyeronokkan(dulu pun seronok jugak).dan aku berharap dapat singgah ke keluarga angkat aku di santubong nanti...

1 comment:

kulaan said...

Salam...

Pergi melawat sana beli ikan masin banyak2 ke...