Thursday, November 27, 2008

SONGSANG ATAU KRITIS?

Sekarang ini orang sibuk memperkatakan tentang perjuangan. Sebut saja; politik, agama, hak asasi, dan berbagai lagi, pasti sangat sinonim dengan ayat2 perjuangan...

Aku menulis ini ketika hati tertanya-tanya, adakah aku memperjuangkan apa-apa?siapa-siapa?apakah yang dikatakan perjuangan itu?bagaimana cara perjuangan aku?

Aku baru saja membaca kisah perjalanan hidup seorang pejuang iaitu Almarhumah Shamsiah Fakeh. Aku fikir semua orang kenal siapa beliau. Hidupnya bersama suami dan anak-anak seperti di dalam majalah Al-Islam bulan November 2008 yang diceritakan sendiri oleh anak bongsunya Jamaluddin, membuatkan aku tertanya, adakah perjuangan beliau itu sangat jijik seperti yang kita tau dari khabar arus perdana? Atau sebenarnya perjuangan beliau adalah untuk membawa satu paradigma baru untuk bangsa dan negaranya?

Jika kita lihat dari sudut beliau, perjuangan beliau sangat memerlukan pengorbanan. Dan beliau telah mengorbankan segala apa yang ada di dunia ini untuk perjuangan itu. Tapi adakah ia berbaloi? Adakah ia dikira sebagai pahala?

Sama juga kita lihat perjuangan hang Jebat yang mempertahankan Tuah daripada sultan yang zalim. Adakah jebat dilihat sebagai pengkhianat dek kerana menegakkan yang benar?

Peristiwa memali juga mempunyai ciri yang serupa. Adakah itu semua perjuangan yang songsang? Atau perjuangan jihad yang mulia?

Bagaimana ini semua memungkinkan penyatuan? sedangkan disebabkan cara pemikiran dalam konteks perjuangan juga sudah tidak sama...mana mungkin penyatuan dari segi mekanismanya akan berlaku...

Sedikit kesedaran di atas apa yang aku nukilkan, perjuangan itu perlulah berlandaskan agama. Bagaimana yang Islam kehendaki? Tentunya seperti yang ada dalam ALQURAN dan SUNNAH. terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang orang anggap songsang tetapi sebenarnya kritis dan mulia atau mungkin juga pilihlah perjuangan yang orang anggap kritis dan mulia juga tidak songsang...waALLAHua'lam..

4 comments:

Unknown said...

Salam sdr.

Bagi saya apa-apa saja perjuangan, pekerjaan sekiranya meletakkan Islam di hadapan dan mengikut acuan dan caranya serta niat yang tidak melencung akan mendapat ganjaran yang setimpalnya dari Allah.

Oh.. ya tentang fahaman syirik mengamalkan selawat syifah dan tafrijiyah tu saya sudah baca apa yang di tulis dan saya juga sudah jumpa jawapannya di web darussyifa oleh Dr. harun Din Alhafiz. Ianya jelas. sdr boleh dapat maklumat di sana.

azlishukri said...

akhirnya perjuangan kita harus kembali kepada al-Quran dan hadis nabi..saya link blog saudara ini. salam aidil adha.

Unknown said...

A'kum sdr. T.O.S,

Benar saudara. Saya pun bila dapat link dari saudara itu, saya pun kelam kabut juga. Maklumlah saya dah amalkan dari saya tingkatan 1 lagi.

Tapi bila saya gali lagi, barulah saya rasa tenteram.

Terima kasih kerana prihatin sdr. itu.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah