Thursday, September 25, 2008

KERANA MULUT BADAN BINASA

hari hari yang dilalui sekarang ini bagai tiada beza. bulan Raamadhan yang penuh berkat ini juga penuh dengan noda. apakah kita tidak takut dengan azab ALLAH? mungkin kerana kita tidak melihatnya di dunia ini, kita boleh sewenangnya bercakap dan melakukan apa saja. adakah ini tujuan kita?

kita boleh tulis da luahkan apa saja. namun adakah apa yang kita tulis dan luahkan itu akan menyebabkan kita menuju neraka ALLAH? aku sendiri pun tak tahu. yang tahu siapa yang menulis dan ALLAH saja.

percaturan politik menjadikan kita semakin jauh dengan norma kehambaan kita kepada ALLAH. ditambah pula dengan kafir kafir laknatullah yang sentiasa ingin melihat kita sesama saudara seislam berpecah belah. apatah lagi dengan adanya idealogi politik yang berbeza. inikah yang kita cari? apakah dengan menjatuhkan orang atau menyingkirkannya dapat memuaskan hati kita? tidak sekali kali wahai saudaraku....kita hanya akan elihat kemusnahan umat yang lebih besar lagi...

apapun yang kita lakukan perlulah menuju matlamat yang satu; mardhatillah. cukuplah dengan persengketaan negara jiran kita. moga ALLAH akan melindungi orang orang yang benar...

No comments: