Thursday, September 11, 2008

SALAH KERAJAAN ATAU ORANG DALAM KERAJAAN YANG SALAH??!

Buat sekian kalinya, aku terfikir isu ini.memandangkan aku sendiri bekerja dengan kerajaan, aku tidak puas hati dengan sistem pelaksaan. Bukan sistem yang salah, tapi orang yang menjalankan sistem tersebut yang salah.itu pandangan aku...

kenapa aku berkata sebegitu?sebab senmua orang tahu, kalau berurusan dengan orang kerajaan mesti orang akan kata servis yang lembab dan acuh tak acuh.yang itu kata orang awam.tapi aku pun kata macam tu juga.sebab bile aku berurusan dengan jabatan or kementrian lain aku tengok depa ni kerja ikut dan je.memang patut la orang awam kata macam tu.

selain faktor usia, faktor mentaliti juga membuat orang kerajaan tak boleh buat kerja secara efisien. macam2 kerenah, macam2 hal.sampai aku sendiri pun naik bengang...

yang bertambah poyo nye, depa2 ni orang kuat pembangkang dan sembang mereka ni seperti kemas buakan main tapi bila dalam hal kerja, hampeh betul.bila kerajaan tak naikkan cola dan elaun perumahan dalam bajet 2009 baru2 ni, semua pakat bising dan melenting.konon2nya tak puas hati.padahal buat kerja tak pernah tunjukkan prestasi...

wahai orang2 yang bekerja dengan kerajaan.....

zaman sekarang ni makin mencabar, aku tak kesah kau orang sokong parti mana pun, tapi bila buat kerja yang telah diamanahkan, jalankan la dengan penuh tanggungjawab.kalau rasa nak bangkang sangat dengan dasar kerajaan, berhenti la kerja sebagai penjawat awam dan kerja dengan sektor swasta.virus2 seperti kamu orang ni akan membuat persepsi rakyat terhadap kerajaan (bukan BN) bertambah rumit...

Tuesday, September 9, 2008

celaru politik yang melampau

aku rasa hangat sekali dengan politik tanah air.bukan kerana para pemimpin nya yang bergeseran, tapi kerana penglibatan orang muda tak kira la dari parti mana amat berkurangan.muda pada maksud aku ialah golongan bawah 30 tahun.tak ramai yang berani memberi pandangan radikal dan tegas. Mungkin mereka ini sangat sibuk dan leka berhibur teruutama yang tinggal di bandar.

apa sudah jadi dengan kita sekarang?masing2 ingin menegakkan ego yang tak pernah puas. baik kerajaan atau pun pembangkang. itu tak masuk lagi isu keretakan dalaman.mengapa ini terjadi?tak bolehkah kita hidup tanpa politik yang sebegini? atau kita sendir yang memilihnya?Lu pikir la sendiri...